IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menahan sebuah lori yang menggunakan dua nozel untuk mengisi diesel di sebuah stesen minyak di sini, malam tadi.
Seorang pemandu lelaki warga tempatan berumur 40-an tahun juga ditahan untuk siasatan lanjut.
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pihaknya turut menyita 1,137 liter cecair yang disyaki minyak diesel, lori bersama beberapa peralatan lain seperti mesin pam dan wayar 'hose' yang dianggar bernilai RM22,085.55.
Menurutnya, operasi dilakukan kira-kira jam 9 malam di sebuah stesen minyak di Jalan Temoh, Tapah.
“Operasi ini adalah hasil maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan oleh pasukan perisikan KPDN Cawangan Tapah selama satu minggu di sekitar Jalan Temoh,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, ditemui dua nozel sedang berada di tangki lori muatan satu tan.
“Melalui risikan dan pemantauan yang dijalankan mendapati modus operandi sindiket ini adalah dengan cara membuat pengisian minyak diesel ke tangki asal lori yang telah diubah suai dengan sambungan paip terus ke tangki fiber yang disembunyikan di atas lori.
“Sekali pengisian di stesen minyak tersebut, dianggarkan sebanyak 1,000 hingga 1,500 liter,” ujarnya.
Kamalludin berkata, siasatan awal juga mendapati, pemandu lori kemudiannya akan menjual minyak diesel ini kepada pasaran gelap yang disyaki melibatkan beberapa syarikat di sekitar Tapah, pada harga yang lebih tinggi.
Tambahnya, diesel bersubsidi yang dibeli di stesen minyak dengan harga RM2.15 seliter boleh dijual di pasaran gelap pada harga RM3.00 hingga RM4.00 seliter (mengikut harga pasaran minyak diesel industri).
Menurutnya, semakan awal juga mendapati syarikat pemilik lori itu tidak mempunyai apa-apa kebenaran atau permit yang sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia untuk membeli minyak diesel dalam suatu kuantiti yang banyak.
Di samping itu, katanya, stesen minyak yang disyaki terlibat juga akan disiasat di bawah peruntukan sedia ada, termasuklah syor pembatalan Lesen CSA Runcit barang kawalan minyak diesel jika didapati bersalah terlibat dalam penyelewengan.
Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Mar 15 2024
Modus operandi sindiket ini adalah dengan membuat pengisian minyak diesel ke tangki asal lori yang telah diubah suai, dengan sambungan paip terus ke tangki fiber yang disembunyikan di atas lori. - Foto KPDN Perak
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Dakwaan subsidi RON95, diesel ditarik dan cukai baharu dilaksana, tidak benar - Fahmi
Dakwaan kononnya kerajaan akan menarik balik subsidi RON95 dan diesel pada tahun ini sepertimana yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal hingga 24 Jan
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jan.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Hadkan pembelian diesel subsidi tidak berlaku di seluruh Sabah - Armizan
Permintaan tinggi terutama semasa musim perayaan dan cuti sekolah merupakan antara faktor stesen minyak terbabit terpaksa berbuat demikian.
Bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari - Armizan
Petronas Dagangan Berhad sedang melaksanakan penghantaran bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari ini susulan terputusnya bekalan bahan api itu di stesen milik Petronas di negeri ini.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Harga petrol, diesel kekal hingga 13 Dis
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 7 hingga 13 Dis.
Harga petrol, diesel kekal hingga 29 Nov
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 23 hingga 29 Nov.